Wednesday 17 October 2012

Petikan dari Utusan Online


Bidang jahitan terus berkembang


JOHOR BAHRU 17 Mei - Penyelia Sabree Classic, Haliza Ismail menyifatkan industri jahitan merupakan satu bidang yang sentiasa berkembang mengikut perkembangan zaman.
Menurutnya, setelah berkhidmat berbelas tahun di Sabree Classic, nyata bidang itu menuntut komitmen tinggi bagi menghasilkan hasil kerja bermutu supaya terus berdaya saing.
"Sebagai contoh, setiap tempahan yang kami terima, soal mutu sentiasa menjadi keutamaan di samping ketepatan waktu menyiapkannya.
"Umpamanya, baju Melayu teluk belanga, potongan bahagian leher mestilah dilakukan dengan cermat supaya ia kelihatan terletak dan tidak terlondeh," katanya.
Haliza, 39, berkata, begitu juga dengan jahitan tulang belut di bahagian leher, ia dilakukan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam jahitan itu.
Mengenai cabaran dalam industri itu Haliza menjelaskan, melayani kerenah pelanggan menuntut kesabaran.
"Dalam apa juga kehendak pelanggan sentiasa betul, walaupun realitinya kesilapan di pihak mereka," katanya.
Haliza memberitahu, satu lagi yang menjadi kekangan ialah masih ada segelintir pelanggan yang membuat tempahan pada saat-saat akhir.
"Bagi mengelakkan reputasi syarikat terjejas, lazimnya tempahan seperti itu ditolak secara baik," katanya.



Link: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

No comments:

Post a Comment