Wednesday 17 October 2012

Petikan dari Utusan Online


Bidang jahitan terus berkembang


JOHOR BAHRU 17 Mei - Penyelia Sabree Classic, Haliza Ismail menyifatkan industri jahitan merupakan satu bidang yang sentiasa berkembang mengikut perkembangan zaman.
Menurutnya, setelah berkhidmat berbelas tahun di Sabree Classic, nyata bidang itu menuntut komitmen tinggi bagi menghasilkan hasil kerja bermutu supaya terus berdaya saing.
"Sebagai contoh, setiap tempahan yang kami terima, soal mutu sentiasa menjadi keutamaan di samping ketepatan waktu menyiapkannya.
"Umpamanya, baju Melayu teluk belanga, potongan bahagian leher mestilah dilakukan dengan cermat supaya ia kelihatan terletak dan tidak terlondeh," katanya.
Haliza, 39, berkata, begitu juga dengan jahitan tulang belut di bahagian leher, ia dilakukan oleh mereka yang benar-benar pakar dalam jahitan itu.
Mengenai cabaran dalam industri itu Haliza menjelaskan, melayani kerenah pelanggan menuntut kesabaran.
"Dalam apa juga kehendak pelanggan sentiasa betul, walaupun realitinya kesilapan di pihak mereka," katanya.
Haliza memberitahu, satu lagi yang menjadi kekangan ialah masih ada segelintir pelanggan yang membuat tempahan pada saat-saat akhir.
"Bagi mengelakkan reputasi syarikat terjejas, lazimnya tempahan seperti itu ditolak secara baik," katanya.



Link: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

Baju Melayu Teluk Belanga atau Cekak Musang, mana satu pilihan anda?

Baju Melayu

Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga dan baju cekak musang berserta seluar panjang turut dilengkapi samping dan juga songkok. Baju melayu biasanya akan dipakai secara harian seperti menunaikan sembahyang, untuk dipakai ke pejabat atau sekolah pada hari Jumaat, untuk menghadiri majlis-majlis formal dan keramaian dan tak ketinggalan juga sebagai pakaian adat.
                                                                                            
Baju melayu teluk belanga biasanya lebih dikenali di selatan Malaysia seperti negeri Johor sementara potongan cekak musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, contohnya potongan cekak musang berbentuk seperti leher baju India yang mana bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan teluk belanga pula bahagian lehernya hanya dijahit secara sulaman sama seperti leher baju kurung.

Baju melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau membuat potongan moden, yang juga dipanggil potongan Cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan ke bahagian lain yang dinamakan sebagai pesak dan kekek. Kebiasaannya baju melayu dijahit menggunakan fabrik-fabrik kapas, satin atau apa jua fabrik campuran yang selesa dipakai.

Cara memakai baju melayu ini juga terdapat sedikit perbezaan bagi melengkapi pemakaian seseorang. Bagi baju melayu teluk belanga, nampak lebih segak dikenakan apabila baju teluk belanga itu sendiri dipakai diluar samping (menampakkan sebahagian samping sahaja). Manakala baju cekak musang lebih sesuai digayakan apabila bajunya dipakai didalam samping (samping kelihatan penuh).


  • Baju Melayu Cekak Musang

Istilah baju melayu cekak musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju ; tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak. Pengertian 'cekak musang' merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Terdapat beberapa rekaan butang di leher baju iaitu seperti butang tiga, butang empat mahupun butang lima. 

  • Baju Teluk Belanga 

Menurut sejarah, baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri pada tahun 1866 demi meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
Reka bentuk kolar atau potongan lehernya menyerupai baju kurung atau dipanggil Teluk Belanga. Jahitan pada leher tersebut pula dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan dikancing satu butang.



Sumber rujukan: Wikipedia. 




"When you need better apparel, we give you the best"



Hubungi Kami!

Anda anda sebarang pertanyaan? Email kepada kami di alamat:

sabreeclassic@gmail.com



Jadi rakan kami di Facebook!

http://www.facebook.com/sabreeclassic.jb




Anda ada Twitter? Follow kami!

https://twitter.com/SabreeClassic





"When you need better apparel, we give you the best" 

Sekadar Renungan Bersama....

Pakaian adalah nikmat Allah untuk melindungi badan manusia, menutup aurat mereka dan juga sebagai perhiasan bagi mereka.

Fungsi-fungsi pakaian ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran.

"Dan ALLAH menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang" (an-Nahl, ayat 81)

Lokasi Kedai Kami

     

 SABREE CLASSIC
  • No 142-A Jalan Tebrau Lama, Kg. Melayu Majidee, 81100, Johor Bahru.
  • Telefon: 07-334 7788 / En. Sabree: 019-752 9669 / Rhemy: 012-779 3286
  • Menerima sebarang tempahan pakaian tidak termasuk pakaian wanita (baju kurung, kebaya, dll) 

         


                                         * klik untuk imej lebih besar.


 SABREE CLASSIC
  • G-75, Ground Floor, Danga City Mall, Jalan Tun Abdul Razak, 80000, Johor Bahru
  • Telefon: 07-222 8968 / Azman : 012-798 1938
  • Menerima sebarang tempahan pakaian tidak termasuk pakaian seragam dan pakaian wanita (baju kurung, kebaya, dll) 



SABREE TAILOR
  • No C-1, Gerai Pasar Baru, Jalan Sekolah, Kg. Melayu Majidee, 81100, Johor Bahru.
  • Telefon: 07-332 1192 / Liza: 013-763 6177
  • Menerima tempahan pakaian termasuk pakaian wanita. 




"When you need better apparel, we give you the best"

Perkhidmatan Kami

Kami di SABREE CLASSIC SDN BHD menyediakan perkhidamtan mengikut kehendak pelanggan dan sedia menerima tempahan seperti berikut :



  • PAKAIAN SERAGAM (KERAJAAN DAN SWASTA)
  • KEMEJA LENGAN PENDEK
  • KEMEJA LENGAN PANJANG
  • KEMEJA BATIK
  • KEMEJA FESYEN
  • SELUAR PENDEK
  • SELUAR PANJANG
  • SELUAR LINING
  • SELUAR LINING DAN BESPOKE 
  • BAJU MELAYU BUTANG 3, 4, 5
  • BAJU MELAYU TELOK BELANGA
  • BAJU MELAYU FESYEN
  • BLAZER
  • BUSH JAKET
  • MANDARIN COLLAR
  • JAKET
  • JUBAH/GAMIS  


"When you need better
apparel, we give you the best" 





Pengenalan Sabree Classic Sdn Bhd

Demi menyahut seruan kerajaan yang ingin menginginkan taraf hidup rakyat yang lebih baik, SABREE CLASSIC SDN BHD merupakan salah sebuah syarikat yang sama-sama menggembling tenaga bagi memantapkan lagi taraf kehidupan yang sedang dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia melalui penglibatan secara langsung dalam bidang jahitan.

SABREE CLASSIC SDN BHD merupakan sebuah syarikat 100% milik Bumiputra yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia dan ditubuhkan sejak pada 4 Januari 1999.

Pengarah urusan dan pengasas syarikat SABREE CLASSIC SDN BHD ialah Encik Md Sabri Bin Abd Rani yang mana sudah berpengalaman selama 37 tahun didalam bidang jahitan. Pada awalnya beliau mengikuti latihan jahitan selama  1 tahun setengah di Majlis Amanah Rakyat dan kemudian bekerja di salah sebuah kedai jahitan di Johor Bahru selepas tamat latihan. Selepas hampir 3 tahun menimba pengalaman kerja, beliau memberanikan diri untuk memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan yang diberi nama Sabree Tailor pada awal Oktober 1980. 

SABREE CLASSIC SDN BHD sangat komited dalam melayani kehendak pelanggan dan sentiasa mengutamakan kualiti kerja. SABREE CLASSIC SDN BHD hanya akan menghasilkan pakaian yang bermutu tinggi mengikut kemahuan pelanggan dengan harga yang setanding dan mampu dimiliki oleh orang ramai.




"When you need better apparel, we give you the best"