Wednesday 17 October 2012

Baju Melayu Teluk Belanga atau Cekak Musang, mana satu pilihan anda?

Baju Melayu

Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga dan baju cekak musang berserta seluar panjang turut dilengkapi samping dan juga songkok. Baju melayu biasanya akan dipakai secara harian seperti menunaikan sembahyang, untuk dipakai ke pejabat atau sekolah pada hari Jumaat, untuk menghadiri majlis-majlis formal dan keramaian dan tak ketinggalan juga sebagai pakaian adat.
                                                                                            
Baju melayu teluk belanga biasanya lebih dikenali di selatan Malaysia seperti negeri Johor sementara potongan cekak musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, contohnya potongan cekak musang berbentuk seperti leher baju India yang mana bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan teluk belanga pula bahagian lehernya hanya dijahit secara sulaman sama seperti leher baju kurung.

Baju melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau membuat potongan moden, yang juga dipanggil potongan Cina. Lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju iaitu secara disambung terus atau dijahitkan ke bahagian lain yang dinamakan sebagai pesak dan kekek. Kebiasaannya baju melayu dijahit menggunakan fabrik-fabrik kapas, satin atau apa jua fabrik campuran yang selesa dipakai.

Cara memakai baju melayu ini juga terdapat sedikit perbezaan bagi melengkapi pemakaian seseorang. Bagi baju melayu teluk belanga, nampak lebih segak dikenakan apabila baju teluk belanga itu sendiri dipakai diluar samping (menampakkan sebahagian samping sahaja). Manakala baju cekak musang lebih sesuai digayakan apabila bajunya dipakai didalam samping (samping kelihatan penuh).


  • Baju Melayu Cekak Musang

Istilah baju melayu cekak musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju ; tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak. Pengertian 'cekak musang' merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Terdapat beberapa rekaan butang di leher baju iaitu seperti butang tiga, butang empat mahupun butang lima. 

  • Baju Teluk Belanga 

Menurut sejarah, baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang telah direka oleh Sultan Abu Bakar sendiri pada tahun 1866 demi meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.
Reka bentuk kolar atau potongan lehernya menyerupai baju kurung atau dipanggil Teluk Belanga. Jahitan pada leher tersebut pula dikenali sebagai jahitan tulang belut atau insang pari dan dikancing satu butang.



Sumber rujukan: Wikipedia. 




"When you need better apparel, we give you the best"



10 comments:

  1. baju melayu cekak musang berasal dari negeri mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya merasakan bahawa Melaka jawapannya.
      Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah, Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.

      Delete
  2. Kalau kurung cekak musang plak asalnya mna? Confiuslh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin daripada Melaka?
      Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah, Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.

      Delete
  3. Kalau kurung cekak musang plak asalnya mna? Confiuslh...

    ReplyDelete
  4. Apakah beza dgn baju melayu cekak musang dgn baju melayu teluk belanga

    ReplyDelete